Suatu ketika itu
Kita buta angka dan huruf
Bacaan suatu kejanggalan
Kiraan amat terasing
Dalam kepayahan sendirian
ditinggalkan ibu bapa
walau seketika cuma
belajar bangun berdikari
Ketika berlarian terjatuh
Tangan Iembut dihulur
Bantuan disulami pesanan
Usah takut maju kehadapan
Suatu ketika dulu
Jiwa remaja bergelora
Cita bersulam cinta
pesanannya selembut bayu
Kejari cita mu dahulu
Ketika sampai saat itu
Kita dilepaskan berpandu
Mengharungi badai ilmu
bila ijazah tergenggam padu
pesannya .......
ingat berbakti
berbudi setulus hati
Kini tiada lagi
pesanan keramat itu
Kata nasihat yang dirindui
Kerana.....
setiap hari
Dan bertukar waktu
Aku pasti tuturkan
pesanan keramat itu
pada anak kecil itu
kerana .....
Aku kini bergelar
CIKGU.......
Setulus jiwa guru
InderaPutera
16 Mei 2014
Kota Kinabalu
Kita buta angka dan huruf
Bacaan suatu kejanggalan
Kiraan amat terasing
Dalam kepayahan sendirian
ditinggalkan ibu bapa
walau seketika cuma
belajar bangun berdikari
Ketika berlarian terjatuh
Tangan Iembut dihulur
Bantuan disulami pesanan
Usah takut maju kehadapan
Suatu ketika dulu
Jiwa remaja bergelora
Cita bersulam cinta
pesanannya selembut bayu
Kejari cita mu dahulu
Ketika sampai saat itu
Kita dilepaskan berpandu
Mengharungi badai ilmu
bila ijazah tergenggam padu
pesannya .......
ingat berbakti
berbudi setulus hati
Kini tiada lagi
pesanan keramat itu
Kata nasihat yang dirindui
Kerana.....
setiap hari
Dan bertukar waktu
Aku pasti tuturkan
pesanan keramat itu
pada anak kecil itu
kerana .....
Aku kini bergelar
CIKGU.......
Setulus jiwa guru
InderaPutera
16 Mei 2014
Kota Kinabalu
posted from Bloggeroid