Saturday, July 29, 2017

SUATU HARI

Suatu hari yang lalu

Di sini tangisan riang 

Menyambut kelahiran 

Dengan senyuman

Tanda kesyukuran


Suatu hari di sini 

Seharian memerhati

Tangisan bersahutan

Berlari-lari anak 

Misi manis berbaju putih 

Wanita berbaju pink

Langkah nya longlai 

Hati gundah risau


Suatu hari esok

Ingin kau taburkan 

Khidmat mu di sini 

Dengan langkah 

Yakin dan bangga 

Merawat dengan

Senyuman tulus


Seharian di sini 

Jubah putih 

Kian lusuh 

Rambut kusut 

Mata letih ngantuk 

Moga minda 

Tetap terjaga 

Kerana 

Mereka menanti 

Ubat mu yang 

Persis lagi tepat


Seharian 

Pesakit itu 

Keseorangan

Merenung jauh 

Di sudut tingkap 

Menanti resah 

Siapakah 

Pelawatnya 







Wednesday, July 12, 2017

CAMPAKKAN JAUH NIAT MU

Campakkan jauh
Naluri hati keibuan
Rasa kasih kebapaan
Kerana....
Dunia hari ini
Tidak kenal erti
Persaudaraan
Dalam menyampaikan
Ketulusan tegurmu

Campakkan jauh
Apa yang diketahui
Jika ianya bukan
Dalam lingkupan
Garis dan masa
Rasmi tugasmu

Campakkan jauh
Naluri ingin membantu
Jika ianya bukan
Sedarah dengan mu
Kerana mungkin
Disalah ertikan

Campakkan jauh
Jujur ungkapan mu
Jika dikuhatiri
Katamu
Menguris hati
Yang tidak memahami

Campakkan jauh
Cita murni mu
Sebelum kamu
Dicampakkan jauh
Kerana
Kita hanyalah
Insan kerdil

Thursday, July 6, 2017

REFLEKSI GURU : KITALAH GURU......

Kitalah guru
Gigih ajar tulis baca
Namun....
Sukarnya kita menulis
Berkongsi idea

Kitalah guru
Kata-katanya
Pembakar sangat
Tapi....
Ketikanya
Kita mudah
Patah harap
Hanya kerana
Seorang budak
baru belajar

Kitalah guru
Mengajar
Pengurusan masa
Adakalanya
Kita kerja
Tanpa mengira
Malam
mahupun cuti

Kitalah guru
Mendidik adab
Nilai murni
Khilafnya
Kita terlepas
Bicara herdik
murid melata

Kitalah guru
Pesannya
Rajinlah belajar
Namun...
PA21 KBAT
STEM HIP
Sukarnya
Jadi budaya
Mengajar

Kitalah guru
Kekuatannya
Pada hati luhur
Kegigihannya
Terpancar
Di mata pelajar
Kelemahannya
Mungkin kita
Manusia alpa

Kitalah guru
Bicara biar benar
Tunjuk jalannya
Biarlah lurus