Wednesday, August 28, 2019

OBOR KIMANIS


OBOR KIMANIS


Obor Kimanis 
Menyinari  
Dengan limpahan
Emas hitam .......


Seorang ayah tua 
Di gerai ikan bilis 
Berpesan... 
anak ku jadilah 
Jurutera Kimia 
Di menara itu 
Nikmati sinaran
Obor Kimanis 

Dengar awang 
Ingatlah dayang 
Nenda berpesan 
Ambil lah iktihar 
Dari Bukit Benoni 
Yang ditarah 
Dek penjarah 
Dan....
Membiarkan
Rumah kayu 
Terus rebah..



InderaPutera AZRi
29.08.2019 Kimanis 


 


Friday, August 23, 2019

Digital MERDEKA 62


Ku lihat skrin hitam 
Terpancar bintang putih 
Berlatar biru biarpun
Jalurnya merah putih 

Ku kuis skrin putih 
Berlogo bunga teratai merah
Terpancar lima bintang kuning 
Berkibar latar cerah merah 

Ku sentuh skrin amoled 
Terasa keseimbangan
Budaya  Ying Yang 
Bertema latar putih bersih 

Suatu pagi di sudut kelas 
Anak didik tertidur lena 
Bukan qiam dinihari 
Atau ...
menjadi RELA 
Menjaga negeri 
Tewas di arena PUBG
ML permainan kini 
Tapi mengapa.....
Bukannya
Ejen Ali 
Apatah lagi....
Boiboi penyelamat bumi 

Suatu pagi ceria dingin 
Padang Merdeka meriah
Belia  ceria cergas
 Senamrobik merdeka 
Tapi iramanya
Black Pink, BTS
Bukannya .....
Cindai Siti
mahu pun Kosong Yuna

Inilah cerita kita 
Alam nyata Merdeka 62
digital masih terpenjara 
Digital Merdeka menunggu 
Generasi ASK, RBT  jadi pencipta 
Minda kita masih terpenjara
Dijajah budaya sehingga bila....

Merdeka 62
Bebaskan minda 
Teguhkan budaya 
Di dunia nyata 
Mahupun maya 

InderaPutera AZRi
26.08.2019 Kinarut