Monday, October 19, 2015

DI SEBALIK AKAURIUM


Indahnya menikmati
Secangkit tea di aquarium
dengan desiran gelembung udara ..
titisan air menghempas kaca....
Beralun-alun karangan laut
Nemo berkejaran bergurauan
Lalu....
Ketika menjamah secangkir tea
Di sudut akuarium itu
Terlihat penyu menangis..
Mengenangkan diri
Bertahun dalam kurungan kaca
Lantaran....
Ingin ku sampaikan pesanan
Pada anak muda berduaan
Di luar kurungan kaca
Merayu....merintih...
Lepaskan......bebaskan....
Kami telah bosan...
Hidup di kurungan kaca ini...
Lepaskanlah.....
Bebas......
Berenang ke semudra biru...

Lantaran itu....
Aku bersama segala warga
Akuarium itu...
Menjerit.....sekuatnya
Bebaskan......lepaskan....
Namun......
Tiada yang mendengar rayuan ini
Hanya mereka beredar....
Senyum puas dengan lawatan itu...
Dan...
Aku terkurung lagi
Di akuarium itu...

2015 InderaPutera

Friday, August 21, 2015

CINTA ITU PESONA….


Cinta itu pesona
Dua mata bertentang mata
Terpaut hati , jiwa bergelora
Si gadis tertunduk malu
Dan…..
Teruna dilamun rindu

Esoknya….
Gadis teruna berjalan beriringan
Berpegang tangan….
Mesranya berdua-duaan
Tidakkah mengira….
Antara dosa dan pahala

Apakah itu keindahan…?
Atau sekadar cinta itu pesona
Lupakan gadis…..
Alpakah teruna….
Tiada berdua antara kamu
Melainkan syaitan ketiganya
……Tuhan lindungilah aku

 Februari 14
Tarikh keramat……( kononnya )
Gadis dan teruna memperingati kekasih
“I Love You …”
Terungkap sudah…..

Apakah itu keindahan
Ternyata cinta itu pesona
Lupakah gadis…..
Alpakah teruna…..
St. Valentine dibunuh Februari 14
Untuk apa diraikan….
Untuk apa diagongkan….
Adakah sekadar lambang cinta…..

Oh…Tuhan….
Meskipun hati ini kesepian
Meskipun hati ini kelukaan
Ku bersyukur padaMu Ilahi
Lantaran kedukaan dan kesepianku
Ada hikmahnya….
Kau ( Allah ) peliharalah aku
Darinya cinya yang pesona

Cinta itu pesona…
Fikirkanlah……
Renungkan lah…..

Cinta suci hanya padaMu Ilahi…

1991 © InderaPutera

14 Februari 1991 – diterbitkan dalam Al-Arqam April 1991

DI DEWAN BERINGIN INI



Di Dewan Beringin ini
Tercipta seribu kenangan
Bersama hembusan bayu petang
Bersama seloka rakan sebaya

Apakah di sini……
Bisa melahirkan
Seorang insan menteri….
Atau…..
hanya pelakon dramatari

Apakah di sini..
Bisa melahirkan
Seorang cendekiawan
Atau…..
Negarawan…..
Ahh….. tak mengapa
Segelanya ku terima

Di Dewan Beringin ini
Ku himpun segunung harapan
Ku iringi suatu perpisahan
Bersama ungkapan maaf
Buatmu pendidik tersayang
Buatmu teman tercinta
Pasti dirimu dalam ingatan


Februari 1990 – Universiti Malaya
Jamuan Perpisahan Siswa Sains dengan Pendidikan


KEHADIRAN YANG BERERTI……


Dulunya aku……
Semacam tewas
Dalam perjuangan ini
Kerana sebuah persaingan
Hinggakan aku……………..
Kehilangan arah tujuan

Di sini………….
Bersama teman bersama rakan
Aku memulakan langkah
Langkah yang satu…..
Tiada dua….. tiada tiga….
Kerana itu pilihan ku

Di sini….
Aku mula mengerti
Akan kehadiran ku
Kehadiran yang bererti
Kerana……………
Di sana menanti anak-anak kecil
Menanti dengan harapan
Akan kehadiran
Seorang insan……..
Yang bergelar ……….CIKGU

1991 © InderaPutera
Januari  1991 – Asrama Kinabalu, Universiti Malaya


KEJUJURAN DALAM KEJAUHAN

Ketika sendirian berjauhan
Hati sendiri tertanya
Hanya kejujuran antara kita
Pengikat rasa dua hati

Abadilah kasih kita
Selagi sejujur hati kita
Teguhlah harapan kita
Selagi keikhlasan menyeri
Bersemadilah sebuah rindu
Pada kasih yang terjalin
Bersendi kesetiaan
Kejujuran dalam kejauhan

InderaPutera
05.12.2000

SEBUAH PANGKIN KAYU.....


Sebuah pangkin kayu...
Mengadap ke laut biru
Hujan panas ...
Tetap kekal di situ...

Sebuah pangkin kayu...
Anak kecil itu...
Duduk tunduk sayu
Merenungi ombak biru
Menghirup hembusan bayu

Sebuah pangkin kayu....
Sering aku ke situ
Andai hati jadi sayu...

Saturday, August 1, 2015

HINGGA BILA BEGINI ........


Hari ini .....
Minyak turun 10 sen
Apakah ini pujukan hati
Yang membara mencari
Jawapan yang pasti
Antara sensasi dan realiti

Kelmarin ....
Khabarnya ada petunjuk
Syukur andai MH370 dijumpai
Kita pasti menangisi ....
Mencurah simpati.....
Moga mereka terus
Tabah dan redha hati

Esok....
Telah penat bercerita
Hingga letih berbicara
Kekadang takut juga...
Hingga terlupa bebanan GST
Mahupun penantian drama  1MDB
Dan masa berlalu pergi....

Kemudian..
Sang guru mengeluh lagi
Asyik sibuk dengan PBPPP
SKT dan PT3 SPM lagi
Usahlah lupa OGOS ini..
Kemaskini APDM lagi
Sedia budget RM100 lagi
Hingga Pelan Strategik disusuli

Akhirnya...
Hujung tahun pulang
Khabarnya....
Di kampung getah turun lagi
Harganya tidak lepas
Setin susu bayi....
Menanti agihan GST
Katanya untuk
BR1M lagi.....
Hingga bila begini....

InderaPutera 2015
02 Ogos 2015

Wednesday, May 20, 2015

MURIDKU KASIH PADA SAMPAH ?

Seketika dulu diam
Merenungi wajah-wajah harapan
Kacak bergaya cantik belaka
Khusyuk tekun dahi berkerut
Melakar idea kertas Biologi
Telah diajari......
Tentang mikrob
Kuman pembawa bahaya
Tentang bersih...
Fizikal dan hati....

Lalu....
Mengintai sudut laci
Buku tertimbun
Leganya hati...
Anak muridku rajin study
Lantas....
Di celahan buku ilmu
Bergumpalan sampah
Sisa semalam yang ditinggalkan
Sedih juga di hati..
Muridku harapan bangsa
Rupanya...
Kasih pada sampah itu

InderaPutera
21.05.2015 : 5H

Saturday, May 9, 2015

AKUkah GURU ITU.....?

Berlarian anak kecil
Menyusuri kelas usang
Tangan halus disambut
Dipimpin penuh kasih
Seorang guru bak seorang ibu
Lalu diajari ABC ..123...
sehingga lancar tulis baca
Lalu..
tersenyum di sudut pintu
Akulah guru itu.....

Berlalu masa ....
Mengajar penuh bicara
Ilmu dicurah sehabis idea
Poster ICT iThink KBAT
Senjata ampuh di medan periksa
Straight A+.... GPS hanya 1 belaka
Dan.....
Tersenyum  pentas itu
Akulah juga guru itu......
Senyum puas hati bangga

Menoleh di lorong itu.....
Asap pekat hapak baunya
Diselangi muzik keras batu
Sesekali ......
Merenungi tembok besi itu
Lentuk sugul tangan didagu
Namun bezanya kini
Sanggupkan mengakui
Akulah juga guru itu.....
Yang menandatangani
Surat buangnya dulu.....
Melainkan tanpa ku sedari
Air mata berlinangan di pipi
Menyesali.....
Aku terlupa ajarinya dulu
Tentang hati dan jati diri
Tentang iman yang perlu dicari
Tentang dirimu tidak sendiri
Tuhan menanti mu kembali...

Akulah guru itu....
Baru merenungi diri
Bermohon agar
Diberi kekuatan iman
Untuk menyinari
Selamanya .....

InderaPutera
10.05.2015

Friday, April 17, 2015

Di mana musafir ini...

Terasa sendirian
Dalam kejauhan ini
Setelah jauh merantau
Lalu.....
Terhenti seketika
Menoleh kebelakang
Ada yang ditinggalkan
Merindui kepulangan

Diam seketika....
Melihat kehadapan
Ingin ku teruskan
Langkah musafir ini..
Dan......
Ku kirimkan tanda
Kasih pada apa
Yang ditinggalkan...
Ku galas bersama
Segalanya semuanya
Dalam perjalanan ini

Merenung.....
Destinasi yang abadi
Menanti di sana
Hitungan bekalan
Apakah berguna...
Di alam abadi....
Moga kembali dalam
Dakapan keampunanMu

InderaPutera
19.04.2015