Friday, August 21, 2015

CINTA ITU PESONA….


Cinta itu pesona
Dua mata bertentang mata
Terpaut hati , jiwa bergelora
Si gadis tertunduk malu
Dan…..
Teruna dilamun rindu

Esoknya….
Gadis teruna berjalan beriringan
Berpegang tangan….
Mesranya berdua-duaan
Tidakkah mengira….
Antara dosa dan pahala

Apakah itu keindahan…?
Atau sekadar cinta itu pesona
Lupakan gadis…..
Alpakah teruna….
Tiada berdua antara kamu
Melainkan syaitan ketiganya
……Tuhan lindungilah aku

 Februari 14
Tarikh keramat……( kononnya )
Gadis dan teruna memperingati kekasih
“I Love You …”
Terungkap sudah…..

Apakah itu keindahan
Ternyata cinta itu pesona
Lupakah gadis…..
Alpakah teruna…..
St. Valentine dibunuh Februari 14
Untuk apa diraikan….
Untuk apa diagongkan….
Adakah sekadar lambang cinta…..

Oh…Tuhan….
Meskipun hati ini kesepian
Meskipun hati ini kelukaan
Ku bersyukur padaMu Ilahi
Lantaran kedukaan dan kesepianku
Ada hikmahnya….
Kau ( Allah ) peliharalah aku
Darinya cinya yang pesona

Cinta itu pesona…
Fikirkanlah……
Renungkan lah…..

Cinta suci hanya padaMu Ilahi…

1991 © InderaPutera

14 Februari 1991 – diterbitkan dalam Al-Arqam April 1991

DI DEWAN BERINGIN INI



Di Dewan Beringin ini
Tercipta seribu kenangan
Bersama hembusan bayu petang
Bersama seloka rakan sebaya

Apakah di sini……
Bisa melahirkan
Seorang insan menteri….
Atau…..
hanya pelakon dramatari

Apakah di sini..
Bisa melahirkan
Seorang cendekiawan
Atau…..
Negarawan…..
Ahh….. tak mengapa
Segelanya ku terima

Di Dewan Beringin ini
Ku himpun segunung harapan
Ku iringi suatu perpisahan
Bersama ungkapan maaf
Buatmu pendidik tersayang
Buatmu teman tercinta
Pasti dirimu dalam ingatan


Februari 1990 – Universiti Malaya
Jamuan Perpisahan Siswa Sains dengan Pendidikan


KEHADIRAN YANG BERERTI……


Dulunya aku……
Semacam tewas
Dalam perjuangan ini
Kerana sebuah persaingan
Hinggakan aku……………..
Kehilangan arah tujuan

Di sini………….
Bersama teman bersama rakan
Aku memulakan langkah
Langkah yang satu…..
Tiada dua….. tiada tiga….
Kerana itu pilihan ku

Di sini….
Aku mula mengerti
Akan kehadiran ku
Kehadiran yang bererti
Kerana……………
Di sana menanti anak-anak kecil
Menanti dengan harapan
Akan kehadiran
Seorang insan……..
Yang bergelar ……….CIKGU

1991 © InderaPutera
Januari  1991 – Asrama Kinabalu, Universiti Malaya


KEJUJURAN DALAM KEJAUHAN

Ketika sendirian berjauhan
Hati sendiri tertanya
Hanya kejujuran antara kita
Pengikat rasa dua hati

Abadilah kasih kita
Selagi sejujur hati kita
Teguhlah harapan kita
Selagi keikhlasan menyeri
Bersemadilah sebuah rindu
Pada kasih yang terjalin
Bersendi kesetiaan
Kejujuran dalam kejauhan

InderaPutera
05.12.2000

SEBUAH PANGKIN KAYU.....


Sebuah pangkin kayu...
Mengadap ke laut biru
Hujan panas ...
Tetap kekal di situ...

Sebuah pangkin kayu...
Anak kecil itu...
Duduk tunduk sayu
Merenungi ombak biru
Menghirup hembusan bayu

Sebuah pangkin kayu....
Sering aku ke situ
Andai hati jadi sayu...

Saturday, August 1, 2015

HINGGA BILA BEGINI ........


Hari ini .....
Minyak turun 10 sen
Apakah ini pujukan hati
Yang membara mencari
Jawapan yang pasti
Antara sensasi dan realiti

Kelmarin ....
Khabarnya ada petunjuk
Syukur andai MH370 dijumpai
Kita pasti menangisi ....
Mencurah simpati.....
Moga mereka terus
Tabah dan redha hati

Esok....
Telah penat bercerita
Hingga letih berbicara
Kekadang takut juga...
Hingga terlupa bebanan GST
Mahupun penantian drama  1MDB
Dan masa berlalu pergi....

Kemudian..
Sang guru mengeluh lagi
Asyik sibuk dengan PBPPP
SKT dan PT3 SPM lagi
Usahlah lupa OGOS ini..
Kemaskini APDM lagi
Sedia budget RM100 lagi
Hingga Pelan Strategik disusuli

Akhirnya...
Hujung tahun pulang
Khabarnya....
Di kampung getah turun lagi
Harganya tidak lepas
Setin susu bayi....
Menanti agihan GST
Katanya untuk
BR1M lagi.....
Hingga bila begini....

InderaPutera 2015
02 Ogos 2015