Saturday, June 29, 2019

SENJA....




Menanti mentari jatuh 
Di tepian laut yang tenang 
Dan ....
Awan nipis bergulungan
Terang menjadi kelam
Hanya ....
Bintang timur 
Jadi pedoman
Pada pelayaran ini

Senja .....
Mentari kian kelam 
Petanda bermulanya
Perjalanan alam baharu 
Hanya Tuhan yang tahu
Apakah esok ....
Kita bangun melihat
Fajar menyinsing lagi 

InderaPutera AZRi 
30.06.2019 : Layangan Labuan 

Saturday, June 22, 2019

INSKRIPSI BATU LUANG



INSKRIPSI BATU LUANG 

Deruan ombak 
menghempas diri
desiran bayu 
mengikis jasad 
hingga luluh halus 
menjadi butiran debu 
akur tunduk 
alur geologi
pada air dan bayu 
utusan lembut 
Yang Maha Kuasa 
lalu berlalu aku 
insan kerdil 
berpaut pada 
rezeki siput tuntul 
di lembah curam 
Batu Luang.

InderaPutera AZRi 
22.06.2019 ; Batu Luang 
Kuala Penyu 
Nota :
KUBARIS PERMATA dan INSKRIPSI BATU LUANG di PONTIANAK INTERNATIONAL POETRY FESTIVAL




Saturday, June 8, 2019

SEEKOR KUCING JADIAN....





Suatu ketika  dahulu 
Seekor kucing merah 
Menyusuri alang rumah 
Mengiau mencakar alang
Cik Ti bertempiaran lari

Suatu masa kini
Anak moden temannya
Telefon di tangan
Tidak lagi... 
Mengenali "kucing pekak" 
Perangkap tradisi pembasmi cik ti 
Seperti mana
Mereka lupa inang tari
Alpa  diri kerana BTS PUBG


InderaPutera AZRi 
29.07.2019