Tuesday, October 29, 2019

SEBATANG PENSIL TIADA TULISANNYA....


SEBATANG PENSIL YANG TIADA TULISANNYA 

Sebatang pensil yang tiada tulisannya
Hanya hiasan di dinding resort
Tiada lagi ilmu dilakar
Tiada lagi minda dicabar

Sebatang pensil yang tiada tulisannya 
Hanya teman remaja selfie
Hanya dipamer di alam maya
Tiada ketamadunan dijana
Hanya ribuan LIKE dan STICKER 

Sebatang pensil yang tiada tulisannya 
Tiada ilmu dilakar
Tiada minda dicabar
Tiada lagi kertas dicatat
Mungkinkah.... 
Suatu hari nanti
Pensil hilang dari alam ini

InderaPutera AZRi 
30.10.2019 Kinarut 

Monday, October 28, 2019

LAUT, LANGIT dan PAYUNG.....




Laut nan gelora 
Sampan kayu 
terumbang-ambing 
Mencari rezeki sepetang 
Untuk sesuap nasi 
Dari telaga protein 

Langit nan biru
Menitiskan hujan
Rahmat buat flora fauna
Sedarlah.... 
Kita insan kerdil
Bersama berpayung 
Langit yang sama 

Dan.... 
Menanti..... 
Payung yang utuh
Melindungi.... 
Dari badai sesat
Maka itu.... . 
Aku mengharap
Payung rahmatNya 

InderaPutera AZRi 
2 8.10.2019 Tg Simpang Mengayau 





PONDOK TEPI SAWAH DI KAKI GUNUNG


Pondok kecil tepian sawah
Di kaki gunung..... 
Terkenang.... 
Seorang wanita tua
Menarik orang-orangan
Agar ciak bertempiaran 

Pondok kecil tepian sawah 
Di kaki gunung 
Mengamit memori 
Ketika berlari - lari
Di celahan padi 
Dan..... 
Kail adik-adik ku
diragut puyu
Lalu...... 
Ku patah kailku 
Tanda merajuk hati 

Pondok kecil tepian sawah 
Di kaki gunung.... 
Lalu.... 
Terdengar irama 
Lesung kayu
Musim emping 
Riuh sekampung

Sebuah pondok kecil
Di tepian sawah 
Di kaki gunung 
Mengamit rindu
Kenangan desa ku.... 

InderaPutera AZRi
29.10.2019 Narinang 









Saturday, October 26, 2019

DI PERSIMPANGAN

 

Di persimpangan ini 
....... makan 
......  ilmu
Keliru dengan destinasi 
Andai ku pilih makan 
Hanya tenaga untuk bekerja 
Maka......
Ku pilih destinasi ILMU
Agar........
Jagung itu tidak kering 
Menjadi batu......
Ku semai menjadi ladang 
Untuk makan......
dan biodiesel.....

Di persimpangan ini 
Kita sering keliru 
Mohonlah padaNya
Petunjuk jalan 
yang benar lagi hakiki 
Agar......
Bahagia di sana nanti 


InderaPutera AZRI
27.10.2019 Longkon 


Saturday, October 12, 2019

PAK CIK......


Merentas jalan bersimpang 
Ku buka jendela kereta 
Anak jalan ini ke mana.....
Sopan jawabnya 
Ke Kuala Abai 
Pak Cik jalan terus 

Sampai di simpang tiga 
Isteri ku buka jendela 
Anak jalan mana  
Sopan jawapnya 
ke Kuala Abai 
Kakak jalan terus 

Di gerai Gula Apong 
Kakak mahu boko  pandan 
Sopan tanyanya pula 
Pak Cik minum apa 
Lalu....
Ku jawab 
Air suam jelah 
Rajuk hati agaknya 

Tengahari berlalu 
Ku singgah 
Di Masjid Kg Bunga 
Seorang anak kecil 
Berkata kakak 
Ruang solat wanita 
Di hujung sana 

Dan.....
Ketika ingin 
Ku angkat takbir 
Anak kecil berkata 
Pak Cik imamkan ye 
Sehingga 
Salam terakhir
Ketika ....
Ku sapu wajah 
Terlihat rambut ku 
Putih belaka 

InderaPutera AZRi 
12.10.2019 Kg Bunga Tenghilan