MALAYSIA KU BERJUANG
MALAYSIA KU BERJUANG
Dedikasi buat pejuang tanah air
Badai angin bertiup kini
Kibarkan wajah bendera mu
Biar pun biru mahu pun putih
Merah pun berkibar hijau
Moga gagah di mana juga
Bersama bersatu berpadu
Seluruh warga muda tua
Pimpinan mahupun bawahan
Ke lurah berlumpur diharungi
Ke hutan berduri dirempuhi
Menyebar obor gagasan
Wawasan atau seribu janji
Berpesan bapa pada anaknya
Pilihlah demi masa depan mu
Berpesan datuk pada cucunya
Pilihlah demi generasi mu
Hingga suatu malam itu
Keletihan lena tidur ku
Lalu......
Aku dikejutkan oleh jeritan
Cucu ku yang jatuh
Di celahan lantai sekolah
Yang reput menunggu janji
Dan......
Dalam kesakitan
“ di sinikah datuk mengutip
daunan nyirik itu..” tanya cucu ku
Tapi kini menjadi hutan batu
Lalu cucuku bertanya
“Mengapa atuk tidak tinggal di situ...”
Lantas jawab ku ringkas
“Hutan batu bukan lagi milik ku”
Dalam nafas ku lelah
Duduk bersandar di tiang kayu
Menoleh ke banglo di hutan batu
Inikah hasil perjuangan ku dulu
InderaPutera AZRi
16.09.2020 Kinarut