Friday, August 21, 2015
CINTA ITU PESONA….
DI DEWAN BERINGIN INI
KEHADIRAN YANG BERERTI……
KEJUJURAN DALAM KEJAUHAN
Ketika sendirian berjauhan
Hati sendiri tertanya
Hanya kejujuran antara kita
Pengikat rasa dua hati
Abadilah kasih kita
Selagi sejujur hati kita
Teguhlah harapan kita
Selagi keikhlasan menyeri
Bersemadilah sebuah rindu
Pada kasih yang terjalin
Bersendi kesetiaan
Kejujuran dalam kejauhan
InderaPutera
05.12.2000
SEBUAH PANGKIN KAYU.....
Sebuah pangkin kayu...
Mengadap ke laut biru
Hujan panas ...
Tetap kekal di situ...
Sebuah pangkin kayu...
Anak kecil itu...
Duduk tunduk sayu
Merenungi ombak biru
Menghirup hembusan bayu
Sebuah pangkin kayu....
Sering aku ke situ
Andai hati jadi sayu...
Saturday, August 1, 2015
HINGGA BILA BEGINI ........
Hari ini .....
Minyak turun 10 sen
Apakah ini pujukan hati
Yang membara mencari
Jawapan yang pasti
Antara sensasi dan realiti
Kelmarin ....
Khabarnya ada petunjuk
Syukur andai MH370 dijumpai
Kita pasti menangisi ....
Mencurah simpati.....
Moga mereka terus
Tabah dan redha hati
Esok....
Telah penat bercerita
Hingga letih berbicara
Kekadang takut juga...
Hingga terlupa bebanan GST
Mahupun penantian drama 1MDB
Dan masa berlalu pergi....
Kemudian..
Sang guru mengeluh lagi
Asyik sibuk dengan PBPPP
SKT dan PT3 SPM lagi
Usahlah lupa OGOS ini..
Kemaskini APDM lagi
Sedia budget RM100 lagi
Hingga Pelan Strategik disusuli
Akhirnya...
Hujung tahun pulang
Khabarnya....
Di kampung getah turun lagi
Harganya tidak lepas
Setin susu bayi....
Menanti agihan GST
Katanya untuk
BR1M lagi.....
Hingga bila begini....
InderaPutera 2015
02 Ogos 2015
Wednesday, May 20, 2015
MURIDKU KASIH PADA SAMPAH ?
Seketika dulu diam
Merenungi wajah-wajah harapan
Kacak bergaya cantik belaka
Khusyuk tekun dahi berkerut
Melakar idea kertas Biologi
Telah diajari......
Tentang mikrob
Kuman pembawa bahaya
Tentang bersih...
Fizikal dan hati....
Lalu....
Mengintai sudut laci
Buku tertimbun
Leganya hati...
Anak muridku rajin study
Lantas....
Di celahan buku ilmu
Bergumpalan sampah
Sisa semalam yang ditinggalkan
Sedih juga di hati..
Muridku harapan bangsa
Rupanya...
Kasih pada sampah itu
InderaPutera
21.05.2015 : 5H