Saturday, November 3, 2012

SEJENAK MENYUSURI ALAM SIBER

 

Sejenak melangkah jari jemari

mencari bait huruf menyusun kata

mengatur bait kata mencari rasa

menyusuri lebuhraya tanpa tar

cuma fiber optik bertol digital


Sejenak menyelami

lautan maklumat

belum pasti ianya ilmu

merenangi ombak idea

alunan kebenaran

atau badai kepalsuan......


Sejenak mengingati...

hari-hari melangkah ke alam siber

jejari membait idea

mencari rasa mencorak jiwa

dalam diri sesekali tertanya

idea di sini bersandarkan apa....

maklumat ini dijanai siapa....

dapatkan aku....

menyulam maklumat...

menyelam idea....

membajai maklumat

menyirami idea

dengan ....


Suluhan pelita Maha Pencipta

agar dapat ku garap

inspirasi kerangan

menapis menuras menyisih

idea maklumat ...

agar ku jelmakan

sebagai ILMU

suluhan Pencipta ......


2009 © InderaPutera

15 Oktober 2009 : 10:50 pm

No comments:

Post a Comment