Monday, December 3, 2012

SEMALAM DI PULAU MUTIARA


Seketika merentasi jambatan
Terbentang indah pandangan
Merentasi jalan berliku
Menyusuri Batu Feringgi
Singgah seketika. ...
Meninjau jualan malam

Hingga perut bernyanyi
Menanti nikmat pasembor
Char kuey tiaw
Sambil berbeca tua
Meronda Padang Kota

Sesekali terasa dingin
Bayu puncak Bukit Bendera
Ingin terasa menikmati
Laksa belut sedap di kata

Sejenak berlabuh malam
Mentari bersinar indah
Mula jalan terasa sesak
Kereta penuh melata
Menghala entah ke mana
Menyusuri sumber rezeki
Buat keluarga tercinta

Dan.....
Melepasi jambatan Pulau Pinang
Menjeling seketika...
Insan tersayang di sisi
Sudahkah ingin pulang  ?
Atau ingin terus
Semalam di Pulau Mutiara

InderaPutera
Disember 2012

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment