Thursday, November 24, 2016

AKU YANG TIDAK DIKENALI.....

Aku yang tidak dikenali
Berjalan sendirian
Mencari mengutip
Kekuatan keperkasaan
Mengikis menghakis
Kelemahan kekhilafan

Aku yang tidak dikenali
Ingin menghulur silaratulrahim
Pada insan yang sudi
Menyuluh ketika kegelapan
Mewarisi secangkir ilmu

Aku yang tidak dikenali
Bersendirian di koridor
Merenungi muhasabah
Kedaifan kekurangan diri

Aku yang tidak dikenali
Hanya ingin mengetahui
Adakah insan yang sudi
Mengkafan bila ku mati

Aku yang tidak dikenali
Berlinangan jernih di pipi
Hanya satu harapan hati
Agar Tuhan .......
Mengenali ku nanti
Sebagai hambaNya
Yang bersyukur dan bersabar

2016 InderaPutera
24.11.2016

Sunday, October 23, 2016

SEBATANG BULUH ITU.....

Sebatang buluh itu
Hitam di bakar berrkorban
Demi rasa enak
Hidangan warisan

Sebatang buluh itu
Diraut halus
Diayam dijalin
Dijadikan bakul
Juga hiasan dinding

Sebatang buluh itu
Diikat dirangkum
Timbul hanyut ke hilir
Pengangkutan dulu kala
Penyelamat ketika bencana

Sebatang buluh itu
Ditebuk halus bersusun
Ditiub merdu alunannya
Buat penghibur hati lara

Sebatang buluh itu
Dibuat lubang digantung
Diisi syiling berkilau-kilau
Menjadi taruhan masa tiada
Walaupun bukan petanda kaya

Sebatang buluh itu
Diruncing tajam
Ditimbang direjam
Rebahnya berdarah
Petualang bangsa

Serumpun buluh itu
Di tepi muara
Menjadi teduhan
Ikan dan udang
Mengikat tebing
Dari runtuh dibadai arus

Serumpun buluh itu
Sebatang buluh itu....
Erti sebuah kehidupan
Yang saling berkeperluan

InderaPutera
23.10.2016

Thursday, October 13, 2016

RENUNGAN MATA HATI

Renungilah dengan tajam
Agar mata tembusi jauh
Pandangan mata hati
Kerana mata ini ....
Selalu keliru
Hitam dilihat putih
Hingga tidak ketahui
Hijau mahupun biru
Tambahan lagi
Interferens
Merah kuning
Mengkaburi
Cahaya kebenaran

Duhai anak bangsaku
Bersihkan mata mu
Dari habuk digital
Yang ketidakpastian
Lalu basahi  dengan titisan
Air mata doa
Dalam malam kelam
Agar.....
Mata ini terang jelas
Selari dengan mata hati
Moga .....
Mata ini...
Tidak berputih
Di kemudian hari
Setelah....
Tulang berputih
Bermandikan darah perjuangan

InderaPutera
14.10.2016 SMK Kinarut

Saturday, October 8, 2016

DI SEBALIK CERMIN ITU......

Di sebalik cermin itu.....
Hitam berkilat tersisir rapi
Helaian putih menyulam kini
Licin dahi seketika berkerut
Tanda usia menuju senja

Di sebalik cermin itu....
Wajah tampan kacak bergaya
Kedutan halus menyerlah kini
Bintik hitam bertaburan halus
Itulah tanda hiasan wajah
Hanya pinjaman dariNya

Di sebalik cermin itu.....
Mata galak ketika berkaca
Kabur kini berkanta tebal
Itulah peringatan
Untuk kita....
Utamakan merenungi
Kesilapan diri....
Bukan mencari
Nyamuk kecil  berbatu
Gajah di depan mata dilupai

Di sebalik cermin itu...
Gagah perkasa kini terketar
Berjalan laju kini bertongkat
Inilah pesanan alam .....
Kita insan lemah tidak berdaya
Berpaut pada Allah yang Esa
Maha Kuat lagi perkasa....

Di sebalik cermin itu....
Terdengar riuh ucapan gembira
Tersenyum riang peneman setia
Itulah peringatan buat semua
Syukuri kurniaan yang Esa
Teman hidup pendamping setia
Moga doanya dikabulkan jua
Agar dapat bersama selamanya
Di dunia ini akhirat yang utama

Di sebalik cermin itu.....
Usia bertambah dirai sentiasa
Moga diberkati baki yang ada
Agar menjadi bekalan mulia
Untuk perjalanan menuju Pencinta

InderaPutera
08.10.2016

Sunday, October 2, 2016

SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG

Seorang tua di kaki gunung
Bertongkat naik bakul di junjung
Bersuntil warisi tradisi silam
Usia tua teguh cergas cerdas

Seorang tua di kaki gunung
Udaranya nyaman
Sayurnya segar
Asli tanpa pestisid
Airnya dingin tanpa klorin
Itulah nadi sihat berzaman

Seorang tua di kaki gunung
Berparut seribu tanda perjuangan
Menentang penjajah
Menghalau petualang
Agar keturunannya
Mengenal bangsa
Menjiwai nusa

Seorang tua di kali gunung
Merenung jauh ...
Air mata berlinangan
Anak bangsa bercakaran
Tanah sebidang....
Diserah pada pendatang
Air dingin kuning lesu
Udara tiada lagi..
Nafas pembela
Nusa bangsa......

InderaPutera
03.09.2016
Crystall Hil Kundasang

Friday, September 9, 2016

JIWA GURU....

Dalam keriuhan 
kepulangan
Menanti .....
Desa yang ditinggalkan
Menunggu.....
Kertas peperiksaan
Untuk disiapkan
Bertalu-talu....
Pesanan digital
SAPS ... eKajian...
eDisiplin ....eHadir
Menjadi rempah
Rencah errti 
Cuti seorang guru

Lepaskan seketika
Hiburkan jiwa lara
Kumpulkan tenaga
Untuk menjana
Idea taktikal PT3

Seketika ini
Nyaman desa
Mengamit rindu
Jerik pekik 
Anak didik 
Itulah kita cikgu

Mungkin ....
Seketika cuti ini
Hanya rehat sebentar
Dari ......
Kerenah pentadbiran
Atau birokrasi....

Hati  ikhlas mencari
Insan yang menanti
Didikan seorang guru

InderaPutera
KLIA 10.09.2016


Friday, August 5, 2016

SEKEPING PETAI DI TIKAR MENGKUANG

Terhampar indah
Petak berwarni
Ayaman kemas
Tikar mengkuang
Biar tangan terketar
Buat titipan di rantauan
Tanda kasih ibunda

Sekeping petai
Di tikar mengkuang
Menyapa kenangan
Suatu ketika suatu masa
Ayah berkata.....
Moga petai ini 
Anak cucu dapat merasa

Sebidang tikar mengkuang
Putih tersimpan kemas
Di atas para .....
Menyapa pesanan
Ibu berkata.....
Mudah diguna 
Menyusun kain dan kapas
Mengkafan nanti....

Sekeping petai .....
Mengingatkan aku
Gigih peritnya seorang ayah
Sebidang tikar mengkuang
Menginsafi diriku
Abadinya kasih seorang ibu

Sekeping petai di tikar mengkuang
Bersatu pesanan ayah dan ibu
Amalan dunia jambatan akhirat
Bertaqwalah pada yang SATU

2016 InderaPutera






Tuesday, July 12, 2016

KENANGAN RASA TERINDAH......

33 tahun berlalu
1983 terpahat
Kenangan kerindah
Hati bangga melangkah
Tingkatan 1 rasa megah
Namun dalam diam
Titisan mutiara jernih
Bila terkenang ibu bapa

Sesekali meriah
Berebutan mandian
Air kolah asrama
Berteriakan lari
Bersepahan maggi
Bila warden lintas lalu

Akrab persahabatan
Ais krim dikongsi rasa
Beriringian di mana jua
Seiras sebaya
Sejiwa kongsi rasa

1985 terlakar impian
Kecemerlangan SRP
Memisah persahabatan
Mengatur langkah
Mengejar cita impian

Sesekali hati terkenang
Rasa cinta remaja
Yang dikuburkan
Demi sebuah cita-cita

1987 mengorak langkah
Berpisahlah kita bersama
Berbekalkan azimat AFZAN
Merempuh ranjau kehidupan
Melakar cerita kehidupan
Membina kisah kejayaan
Dengan kasih .....
Mencipta rasa kekeluargaan
Mensyukuri rezeki kurniaan Tuhan

2 Syawal 1423H
Dengan ramadhan memberkati
Tulus hati memaut silaturrahim
Dengan syahdu sebening syawal
Kita bersatu bagai mega keluarga
Dinaungi kasih AFZAN yang satu
Bersyukurlah kembali bertemu
Dengan penuh rasa syahdu
Biar berbeza rupa dan wajah
Biar berlingkar cerita dan kisah
Biarkan ia menjadi
Kenangan rasa yang terindah....

InderaPutera
12.07.2016
Kinarut, Papar, Sabah

Wednesday, June 22, 2016

MASA CEPAT BERLALU.....


3 tahun lagi
Kita di zon 5 siri
Putih rambut
Dahi licin
Kedut kian seribu

Entahkan siapa
Entahkan bila
Kita bisa bertemu
Antara kita...
Mungkin ada jua
Terselisih tapi
Segan nak menyapa
Kerana hilang sudah
Rupa yang diingat
Ketika bersua mata

Entahkan bila
Entahkan siapa
Ingat juga kita
Akhirnya pasti
Bertemu Sang Pencipta

InderaPutera
22.06.2016

Thursday, May 19, 2016

REFLEKSI GURU.....

Suatu ketika dulu
Belum ku kenali
A,B,C......1,2,3
Ketika ...
aku terjatuh
menangis ....
Lalu bangun
Dipimpin ......
Tangan lembut
Hatinya penyabar
Senyum selalu
CIKGU .......

Hari ini.....
Berdiri di pentas ini
Menatap wajah sayu
Dengan mata hati
Ada insan dahagakan
Didikan mu.....

Namun.....
Seteguh mana guru itu
Hati teguh ampuh
Tegar dan kukuh....
Ada jua ketika
Rapuh hatinya
Terbiar dipinggirkan
Bagai arang hitam
Yang sering dibenci

Lalu....
Kembali menatap
Wajah sayu itu
Anak didik
Datang dan pergi
Menanti,...
Didikan yang tulus
Ikhlas tanpa jemu

Dan.....
Ku sedari
Ungkapan itu
Obor pembakar semangat ku
Untuk terus
Gigih tabah
Tanpa jemu
Menanti ungkapan keramat
TERIMA KASIH CIKGU

2016 InderaPutera
17 Mei 2016
Sambutan Hari Guru

Monday, May 9, 2016

REFLEKSI : MURID KU KASIH PADA SAMPAH II

Dulu pernah ku teguri
"Murid ku kasih pada sampah"
Pada kelas pelajar bestari
Mengharap mudah memahami
Namun hati sedih...
Mereka tetap mengulangi

Hari ini refleksi diri
Kata ku tidak mencuri hati
Untuk tersemat di sanubari
Pada pewaris negara bangsa

Mungkinkah.....
Kurang ikhlas di hati
Atau bahasa tidak lagi
Selari dengan jiwa muda
Atau....
Ilmu yang dicurah
Tidak sebarakah dahulu

Mungkinkah jua...
Inilah ujian dariNya
Untuk pendidik hari ini
Agar sabar ......
Terus tabah.......
Tegurlah....didiklah
Tanpa rasa.....
Lelah.....
Jemu......

InderaPutera
09 Mei 2016 : 5H
"Selamat Hari Guru"

http://inderaputera7.blogspot.my/2015/05/muridku-kasih-pada-sampah.html

Thursday, February 18, 2016

BERSATU DI PUSARAN

Biar angin berbahasa
Menjalin interferens
Bersama  belauan ombak
Menjana superposisi
Seiring bertenaga
Seirama membinasa

Biar sulfat berbicara
Menyulam sayu
Tumpahan  minyak
Menyucuk bisa toksik
Bisa insang halus kaku
Oksigen terbeku
Hingga aku...
Terapung jua di situ

Hingga datangnya....
Insan pecinta bayu
Menyurai percikan air
Menanti sesuatu
Harapan yang indah
Hingga semuanya
Bersatu di pusaran

InderaPutera
SMK Kinarut
18.02.2016