Thursday, October 13, 2016

RENUNGAN MATA HATI

Renungilah dengan tajam
Agar mata tembusi jauh
Pandangan mata hati
Kerana mata ini ....
Selalu keliru
Hitam dilihat putih
Hingga tidak ketahui
Hijau mahupun biru
Tambahan lagi
Interferens
Merah kuning
Mengkaburi
Cahaya kebenaran

Duhai anak bangsaku
Bersihkan mata mu
Dari habuk digital
Yang ketidakpastian
Lalu basahi  dengan titisan
Air mata doa
Dalam malam kelam
Agar.....
Mata ini terang jelas
Selari dengan mata hati
Moga .....
Mata ini...
Tidak berputih
Di kemudian hari
Setelah....
Tulang berputih
Bermandikan darah perjuangan

InderaPutera
14.10.2016 SMK Kinarut

No comments:

Post a Comment