Sunday, October 23, 2016

SEBATANG BULUH ITU.....

Sebatang buluh itu
Hitam di bakar berrkorban
Demi rasa enak
Hidangan warisan

Sebatang buluh itu
Diraut halus
Diayam dijalin
Dijadikan bakul
Juga hiasan dinding

Sebatang buluh itu
Diikat dirangkum
Timbul hanyut ke hilir
Pengangkutan dulu kala
Penyelamat ketika bencana

Sebatang buluh itu
Ditebuk halus bersusun
Ditiub merdu alunannya
Buat penghibur hati lara

Sebatang buluh itu
Dibuat lubang digantung
Diisi syiling berkilau-kilau
Menjadi taruhan masa tiada
Walaupun bukan petanda kaya

Sebatang buluh itu
Diruncing tajam
Ditimbang direjam
Rebahnya berdarah
Petualang bangsa

Serumpun buluh itu
Di tepi muara
Menjadi teduhan
Ikan dan udang
Mengikat tebing
Dari runtuh dibadai arus

Serumpun buluh itu
Sebatang buluh itu....
Erti sebuah kehidupan
Yang saling berkeperluan

InderaPutera
23.10.2016

Thursday, October 13, 2016

RENUNGAN MATA HATI

Renungilah dengan tajam
Agar mata tembusi jauh
Pandangan mata hati
Kerana mata ini ....
Selalu keliru
Hitam dilihat putih
Hingga tidak ketahui
Hijau mahupun biru
Tambahan lagi
Interferens
Merah kuning
Mengkaburi
Cahaya kebenaran

Duhai anak bangsaku
Bersihkan mata mu
Dari habuk digital
Yang ketidakpastian
Lalu basahi  dengan titisan
Air mata doa
Dalam malam kelam
Agar.....
Mata ini terang jelas
Selari dengan mata hati
Moga .....
Mata ini...
Tidak berputih
Di kemudian hari
Setelah....
Tulang berputih
Bermandikan darah perjuangan

InderaPutera
14.10.2016 SMK Kinarut

Saturday, October 8, 2016

DI SEBALIK CERMIN ITU......

Di sebalik cermin itu.....
Hitam berkilat tersisir rapi
Helaian putih menyulam kini
Licin dahi seketika berkerut
Tanda usia menuju senja

Di sebalik cermin itu....
Wajah tampan kacak bergaya
Kedutan halus menyerlah kini
Bintik hitam bertaburan halus
Itulah tanda hiasan wajah
Hanya pinjaman dariNya

Di sebalik cermin itu.....
Mata galak ketika berkaca
Kabur kini berkanta tebal
Itulah peringatan
Untuk kita....
Utamakan merenungi
Kesilapan diri....
Bukan mencari
Nyamuk kecil  berbatu
Gajah di depan mata dilupai

Di sebalik cermin itu...
Gagah perkasa kini terketar
Berjalan laju kini bertongkat
Inilah pesanan alam .....
Kita insan lemah tidak berdaya
Berpaut pada Allah yang Esa
Maha Kuat lagi perkasa....

Di sebalik cermin itu....
Terdengar riuh ucapan gembira
Tersenyum riang peneman setia
Itulah peringatan buat semua
Syukuri kurniaan yang Esa
Teman hidup pendamping setia
Moga doanya dikabulkan jua
Agar dapat bersama selamanya
Di dunia ini akhirat yang utama

Di sebalik cermin itu.....
Usia bertambah dirai sentiasa
Moga diberkati baki yang ada
Agar menjadi bekalan mulia
Untuk perjalanan menuju Pencinta

InderaPutera
08.10.2016

Sunday, October 2, 2016

SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG

Seorang tua di kaki gunung
Bertongkat naik bakul di junjung
Bersuntil warisi tradisi silam
Usia tua teguh cergas cerdas

Seorang tua di kaki gunung
Udaranya nyaman
Sayurnya segar
Asli tanpa pestisid
Airnya dingin tanpa klorin
Itulah nadi sihat berzaman

Seorang tua di kaki gunung
Berparut seribu tanda perjuangan
Menentang penjajah
Menghalau petualang
Agar keturunannya
Mengenal bangsa
Menjiwai nusa

Seorang tua di kali gunung
Merenung jauh ...
Air mata berlinangan
Anak bangsa bercakaran
Tanah sebidang....
Diserah pada pendatang
Air dingin kuning lesu
Udara tiada lagi..
Nafas pembela
Nusa bangsa......

InderaPutera
03.09.2016
Crystall Hil Kundasang