Saturday, May 27, 2017

BARAIT YANG KOSONG

Barait yang kosong
Menunggu isinya
Padi kuning

Barait yang kosong
Menanti anak muda
Mengalas bangga

Barait yang kosong
Adakah lagi
Atau
hilang bersama
Perginya nenek tua
Di kaki gunung

Barait yang kosong
Menjadi hiasan
Tanda hati
Semarak budaya

Barait yang kosong
Lambang jati diri
Yang mungkin
Dilupakan....

Barait
Wakid
Tikiding
Ambung
Nasibnya sama
Budaya yang dilupakan


Wednesday, May 24, 2017

LETIH


Seharian
hingga senja
Lembaran kertas
Dibelek disemak
Hanya merah
Markahnya
Lalu...
Diri terasa letih
Ajaran belum
Menjadi....

Seharian
Meneroka
Ilmu baru
eRPH
Guru ku
Menyahut
Era digital
Di sebalik
Monitor kaca
Mata letih
Makin layu
Dan
Kaca makin tebal

Semalam..
Badan rebah
Rehatkan diri
Melapangkan
Minda....
Esok
Bangunlah
Dengan
tenaga baru
Dan...
Letih yang ditinggalkan

Letih....
Biar badan terasa
Minda yang merasa
Namun....
Hanya satu
Usahlah terasa
Letih
Untuk mencari
RedhaNya

Thursday, May 18, 2017

KERUSI YANG DITINGGALKAN....

Suatu zaman kecil dulu
Kerusi yang ditinggalkan
Jadi rebutan anak kecil
Main keliling-keliling

Di sebuah sekolah itu
Kerusi yang ditinggalkan
Tanda ada yang ponteng
Atau
Mungkin jua sakit
Yang menuntut
Cakna seorang guru

Di restoran itu
Sekuntum mawar
Di atas meja
Dan...
Kerusi yang ditinggalkan
Ada hati yang merajuk

Suatu masa di dunia ini
Kerusi yang dikosongkan
Jadi rebutan
Kerana....
Ia telaga emas
Mahkota kuasa

Suatu pagi nan dingin
Di sudut masjid itu
Kerusi yang ditinggalkan
Dulunya ada pak cik tua
Solatnya di situ
Kini...
Perginya ke mana....

Kerusi yang ditinggalkan
Menanti setia
Insan yang bakal
Memberi makna
Erti sebuah kerusi

Wednesday, May 10, 2017

AIR MATA UNTUKMU GURU.....

Kelmarin
Masih teringat
Kakinya ditentak-hentak
Tangannya meronta-ronta
Enggan berpisah
Dari pelukan
Manja ayahbonda
Ketika...
Menghantarnya
Ke tadika ria

Kelmarin juga
Lembut tuturnya
Airmata disapu
Penuh kasih
Hingga hati
Terikat dengan
Cikgu darjah 1
Katanya segalanya

Semalam...
Ketika menjejak kaki
Asramanya indah
Terasa gementar
Kerdilnya jua
Namun hati
Tetap sayu
Ingatkan ayah ibu
Namun
Demi ingin berjaya
Air mata rindu
ditumpahkan juga

Hari ini....
Selangkah
Mulai melakar jaya
air mata ini juga
Menemaninya
Ketika terkenang
Ayahbonda yang tiada
Dan......
Terharu sebak
Warden garang itu
Bagai ibu ku
Yang tulus menjaga
Walau..
tidak manja

Ntah kenapa...
Air matanya
Menitis juga
Ketika...
Di tahan ponteng
Tapi mengapa...
Cikgu tidak lagi
Lap air matanya
Bukan kah  ini
Air mata keinsafan
Atau.....
Hatinya tidak lembut lagi
Biar setulus niatnya
Mungkin....
Dia telah tahu...
Air mata itu..
Sekadar ....
Ingin memperdaya

Esok....
Akan ku titiskan
Air mata ini juga
Ketika di puncak jaya
Atau....
Di pusara mu guru
Tanda kasih
Tanda kesal
Engkar katamu
Namun...
Di hati ini
Engkaulah Guru
Penyuluh hidupku

11.05.2017
Selamat Hari Guru

Thursday, May 4, 2017

REFLEKSI GURU.......

Selamat Hari Guru....

Dulu beratap rumbia
Bermeja buluh
Menulis di papan batu
Berkelana di ceruk desa
Mengajar tulis baca
Itulah guru.......

Suatu masa dulu.....
Seorang tua berkereta gembala
Anak dipimpin begitu manja
Ajarilah anak ini....
Rotanlah pukullah dia
Asal jangan patah buta
Itulah agungnya tanda percaya
Pada mu guru......
Dengannya manusia mulia

Tidaklah jauh berkurun lama
Peritnya juga pernah ku rasa
Rotan hadiah guruku jua
Pulang ke rumah Ingin bermanja
Mengadu pada ayahbonda
Rotan sekali ditambah dua

Semalam masih terasa
Bila dihantar ke ceruk desa
Gelisah hati tidak terkira
Bersabarlah guru muda
Jauh tersorok walau terperuk
Lagi jauh lebih di mulia
Itulah guru......

Hari ini terasa berbeza
Tersalah sentuh kasar bicara
Di kamar  bicara berhujah juga
Dinginnya tiada terasa
Sabarlah  guru.....
Bukankah itu tanda
Ajaranmu telah berjaya
Semua insan cerdik belaka
Alpanya  kita
Terlupa
Ajari kenangilah jasa

Itulah kisah guru
Renungi refleksi
Tabah hatimu
Halus budimu
Ucapkanlah
'Selamat Hari Guru....."
Tanda kasih
Untukmu Guru