Thursday, May 18, 2017

KERUSI YANG DITINGGALKAN....

Suatu zaman kecil dulu
Kerusi yang ditinggalkan
Jadi rebutan anak kecil
Main keliling-keliling

Di sebuah sekolah itu
Kerusi yang ditinggalkan
Tanda ada yang ponteng
Atau
Mungkin jua sakit
Yang menuntut
Cakna seorang guru

Di restoran itu
Sekuntum mawar
Di atas meja
Dan...
Kerusi yang ditinggalkan
Ada hati yang merajuk

Suatu masa di dunia ini
Kerusi yang dikosongkan
Jadi rebutan
Kerana....
Ia telaga emas
Mahkota kuasa

Suatu pagi nan dingin
Di sudut masjid itu
Kerusi yang ditinggalkan
Dulunya ada pak cik tua
Solatnya di situ
Kini...
Perginya ke mana....

Kerusi yang ditinggalkan
Menanti setia
Insan yang bakal
Memberi makna
Erti sebuah kerusi

No comments:

Post a Comment