Friday, August 18, 2017

DIRANTAI TEKNOLOGI

Hidup kini
Pantas canggih
Maklumat 
Dihujung jari
Biar sahihnya
Belum pasti

Sedar atau tidak
Kita dirantai dibelenggu
Dalam dunia merdeka
Biar bukan rantai besi
Kukuh teguh
Rantai psikologi
Yang memutar 
Gaya hidup 

Dulunya 
Ayam berkokok 
Kita bangun
Sujud padaNya
Bersama sekeluarga
Berubah kini
Lawatan ke dunia
Maya didahulukan 
Anak-anak dibiarkan

Dulunya 
Kita bersembang
Menghirup 
Secawan kopi
Di gerai kecil
Anak desa
Yang ingin maju
Kini...
Masa kita terbuang
Di skrin Whatapps
Di muka Telegram
Masa berharga 
Bersama keluarga 
Atau 
Masa kita bekerja 
Untuk nusa bangsa 

Dirantai teknologi
Dibayangi saban hari
Hingga diri 
Terperangkap
Dalam skrin kaca









No comments:

Post a Comment