Tuesday, October 31, 2017

DUA RODA & KEHIDUPAN

Rim roda itu
Menjadi hiburan
Anak desa
Zaman dahulu

Syukur tidak terhingga
Kurniaan basikal tua
Seorang jiran tua
Dengan roda dua
Aku mampu
Ke sekolah
Tepat masa....

Basikal tua
Beroda dua
Ketikanya....
Penyambung rezeki
Seorang penjaja
Di sekeliling desa

Ketika di jendela
Terkenang budi
Sahabat lama
Semasa memboncang
Ke sekolah
Dengan kapcai tua
Hingga
Aku ke puncak jaya

Namun....
Aku bukanlah rempit
Maharaja jalanraya
Sekadar...
Ingin ke tempat kerja
Agar jimat
Petrol dan masa

Ada ketikanya
Terasa di hati
Ingin bergaya
Biarpun...
Beroda dua

Siapa pun kita
Syukurlah pada yang Esa
Biar pun beroda dua
Masih berdiri
Atas dua kaki
KurniaanNya
Kerana pasti
Kita tidak mahu
Kerusi beroda dua

InderaPutera
31.10.2017
Kinarut

No comments:

Post a Comment