Sunday, December 31, 2017
MENJELANG TAHUN BARU.....
Wednesday, November 15, 2017
Syukur pada yang SATU
Monday, November 13, 2017
10 TAHUN DI SMK KINARUT
SMK KINARUT
13.11.2006 - 13.11.2017
10 tahun lalu
Aku hanya melimpas
Meluncur laju di hadapanmu
Mata ku yang tajam
enggan menoleh ke arah mu
Tidak tercakar ...
dalam coretan dairi
Mahupun lintasan di hati
10 tahun lalu
TakdirNya berkata
Setelah nama ku
Dipadam di Putatan
Diambil alih dari Pulau Gaya
Tinta terpahat
Sejarah khidmatku
Di SMK Kinarut
Syukur
Atas kekuatan dariNya
Atas dorongan rakan sekerja
Aku masih berdiri di sini
Jika pertama kali
Ku rasa gerun
Melihat darah di dahi
Anak murid ku
Firasat berkata
Anak murid nakal itu
Hatinya kosong
Menunggu
Secebis kasih
Nasihat tulusmu
Sebagai
Obor kehidupan
Kini....
10 tahun berlalu
Telah putih di kepala
Syukur anak didikku
Telah berkerjaya
Atau...
Bersikap mulia
10 tahun berlalu
Khidmatmu masih
Perlu di sini
Mungkin....
Masih ramai
Menunggu
Tulus
bimbinganmu
InderaPutera AZRi
13.11.2006 -13.11.2017
11 tahun berkhidmat
di SMK Kinarut
Saturday, November 11, 2017
BUBU DI DARATAN
Wednesday, November 8, 2017
GENERASI KU BERANI
Monday, November 6, 2017
AKU TAK SENDIRI DI JENDELA
Tuesday, October 31, 2017
DUA RODA & KEHIDUPAN
Rim roda itu
Menjadi hiburan
Anak desa
Zaman dahulu
Syukur tidak terhingga
Kurniaan basikal tua
Seorang jiran tua
Dengan roda dua
Aku mampu
Ke sekolah
Tepat masa....
Basikal tua
Beroda dua
Ketikanya....
Penyambung rezeki
Seorang penjaja
Di sekeliling desa
Ketika di jendela
Terkenang budi
Sahabat lama
Semasa memboncang
Ke sekolah
Dengan kapcai tua
Hingga
Aku ke puncak jaya
Namun....
Aku bukanlah rempit
Maharaja jalanraya
Sekadar...
Ingin ke tempat kerja
Agar jimat
Petrol dan masa
Ada ketikanya
Terasa di hati
Ingin bergaya
Biarpun...
Beroda dua
Siapa pun kita
Syukurlah pada yang Esa
Biar pun beroda dua
Masih berdiri
Atas dua kaki
KurniaanNya
Kerana pasti
Kita tidak mahu
Kerusi beroda dua
InderaPutera
31.10.2017
Kinarut
Thursday, October 26, 2017
SEEKOR KUCING DI JENDELA
SEEKOR KUCING DI JENDELA....
Seekor kucing di jendela
Kuning emas bulunya
Tajam matanya....
Memerhati tuannya
Yang pergi kerja...
Menanti pulang
Sebungkus "freskies"....
Seekor kucing di jendela
Memerhati kereta
Lalu lalang
Ingin melintas
Kecut ekornya
Melihat rakan
Digilis leper....
Seekor kucing di jendela
Mengiau manja
Di kaki tuannya
Tidurnya tidak lena
Walau disangkar
Emas makan terhidang
Seekor kucing di jendela
Duduk termangu
Fikirnya hanya satu
Ingin lepas bebas
Dari sangkar besi
Jendela belenggu
Di rumah mewah
Seekor kucing di jendela
Biarpun makannya mewah
"freskies" mahupun "whiskas"
Namun ..
Mengiau luahan batinnya
Ingin lepas bebas
Dari sangkar
Dan....
Jerigi besi..
Thursday, October 19, 2017
MENCARI DALAM DIRI...
Suatu hari...
Aku mencari-cari
Dalam rekahan usia
Mungkinkah....
Ada kilauan permata
Dalam debu-debu dosa
Suatu hari....
Aku mencari-cari
Mengapa....
Kerasnya hati
Bagai batuan volkanik
Yang terbakar
Tapi....
Diukir indah
Lembut dalam
Aliran air jernih
Hingga itu
Kerdilnya aku
Dalam
Limpahan
Rahmat-Mu
Dan....
Lembutkan
Hatiku...
Agar tunduk
Pada keagunganMu
InderaPutera AZRi
19.10.2017
Inspirasi Batuan Volcanic Balung, Tawau
Saturday, October 7, 2017
DARI KANVAS KE SKRIN KACA
Dulu....
Kita telah lalui
Cakaran di kanvas
Luahan rasa
Yang kekadang
Dicemari...
Tumpahan dakwat
Hitam merah
Tanda sedih marah
Kini.....
Lakaran rasa
Di atas skrin kaca
Dicoret pena digital
Penganti
Pena resam
Atau....
Berus halus lembut
Dan.....
Tumpahan warna
Tiada lagi..
Secara nyata
Hanya dalam diri
Apa pun jua
Medium berbeza
Kanvas
Atau....
Skrin kaca
Namun...
Luahan hati
Curahan rasa
Untuk difahami
Buat....
Jiwa yang mengerti
InderaPutera
08.10.2017
Friday, September 22, 2017
JIWA MERDEKA YANG RAPUH
MERDEKA.....
MERDEKA....
MERDEKA....
Laungan semangat
Anak muda era digital
Dalam himpunan
Kemerdekaaan
Segala pelusuk negara
👌👍👏 ... 😀☺☺ .....
Ratusan .... jutaan
Pengikut digital
Menzahirkan sokongan
Semarak kibaran
MERDEKA......MERDEKA...
Dalam media digital
Syabas syukur
Jiwa muda
Teguh hatinya
Moga...
Jiwa merdeka
Kekal teguh..
Kembalinya
Dari himpunan
Merdeka
Yang meria
Diraikan meraikan
Tersentuh...
Hati terusik jiwa
Anak muda
Bersemangat waja
Jatuh terkulai
Di lebuhraya
Juara rempit
Sebak hati
Mendengar cerita
Anak muda
Jiwa merdeka
Mabuk
Bergaduh
Di pesta merdeka
Tersentap
Membaca
Catatan digital
Remaja merdeka
Tanpa sopan
Penuh
@×$$××@&%%
Hingga
Pudar nilai
Kesopanan
Kesusilaan
Merdekalah
Jiwa yang rapuh
Dengan
Merdeka
Dari jajahan
Minda
Cara berfikir....
23.09.2017
SMK Kinarut
Sunday, September 17, 2017
KUNDASANG 3
KUNDASANG 3
1
Hari ini ke -100
Aku ke Kundasang
Menikmati enaknya
Soto cendawan panas
Dibelai bayu lembut
D’ Olundus
Di sebalik....
Senyuman manis
Puteri Nabalu
Berdarah Lindungan Bulan
2
Kelmarin
Khabarnya
Angin ribut
Gerai kayu
Terbang
Dan
Dipindah lagi
Malam tadi
Dikhabarkan
Negara kita
Telah maju
Melabur
Di negara maju
Tapi…
Aku menanti
Menunggu gerai batu
Mungkin
50 tahun lagu
3
Hari ini ke-100
Aku ke Kundasang
Kubu Mat Salleh
Teguh kaku
Melindungi
Puncak Kinabalu
Segigih
Nenek tua
Bersuntil di gigi
Mengajari
Lembut tari
Agar
Warisan kekal
Berzaman...
Esok....
Moga mentari cerah
Di rekahan Kinabalu
Dalam dingin bayu
Pungutlah
Puing- puing halus
Cebisan ribut politik
Satukan dalam harmoni
Agar teguh padu
Menjadi...
Titian ke Puncak Kinabalu
InderaPutera
17.06.2017
Friday, August 18, 2017
DIRANTAI TEKNOLOGI
Saturday, August 12, 2017
HAKIKATNYA SENDIRI.....
Saturday, July 29, 2017
SUATU HARI
Suatu hari yang lalu
Di sini tangisan riang
Menyambut kelahiran
Dengan senyuman
Tanda kesyukuran
Suatu hari di sini
Seharian memerhati
Tangisan bersahutan
Berlari-lari anak
Misi manis berbaju putih
Wanita berbaju pink
Langkah nya longlai
Hati gundah risau
Suatu hari esok
Ingin kau taburkan
Khidmat mu di sini
Dengan langkah
Yakin dan bangga
Merawat dengan
Senyuman tulus
Seharian di sini
Jubah putih
Kian lusuh
Rambut kusut
Mata letih ngantuk
Moga minda
Tetap terjaga
Kerana
Mereka menanti
Ubat mu yang
Persis lagi tepat
Seharian
Pesakit itu
Keseorangan
Merenung jauh
Di sudut tingkap
Menanti resah
Siapakah
Pelawatnya
Wednesday, July 12, 2017
CAMPAKKAN JAUH NIAT MU
Campakkan jauh
Naluri hati keibuan
Rasa kasih kebapaan
Kerana....
Dunia hari ini
Tidak kenal erti
Persaudaraan
Dalam menyampaikan
Ketulusan tegurmu
Campakkan jauh
Apa yang diketahui
Jika ianya bukan
Dalam lingkupan
Garis dan masa
Rasmi tugasmu
Campakkan jauh
Naluri ingin membantu
Jika ianya bukan
Sedarah dengan mu
Kerana mungkin
Disalah ertikan
Campakkan jauh
Jujur ungkapan mu
Jika dikuhatiri
Katamu
Menguris hati
Yang tidak memahami
Campakkan jauh
Cita murni mu
Sebelum kamu
Dicampakkan jauh
Kerana
Kita hanyalah
Insan kerdil
Thursday, July 6, 2017
REFLEKSI GURU : KITALAH GURU......
Kitalah guru
Gigih ajar tulis baca
Namun....
Sukarnya kita menulis
Berkongsi idea
Kitalah guru
Kata-katanya
Pembakar sangat
Tapi....
Ketikanya
Kita mudah
Patah harap
Hanya kerana
Seorang budak
baru belajar
Kitalah guru
Mengajar
Pengurusan masa
Adakalanya
Kita kerja
Tanpa mengira
Malam
mahupun cuti
Kitalah guru
Mendidik adab
Nilai murni
Khilafnya
Kita terlepas
Bicara herdik
murid melata
Kitalah guru
Pesannya
Rajinlah belajar
Namun...
PA21 KBAT
STEM HIP
Sukarnya
Jadi budaya
Mengajar
Kitalah guru
Kekuatannya
Pada hati luhur
Kegigihannya
Terpancar
Di mata pelajar
Kelemahannya
Mungkin kita
Manusia alpa
Kitalah guru
Bicara biar benar
Tunjuk jalannya
Biarlah lurus
Sunday, June 25, 2017
SELUMBAR....
Thursday, June 8, 2017
MENUNGGU ....
Saturday, May 27, 2017
BARAIT YANG KOSONG
Barait yang kosong
Menunggu isinya
Padi kuning
Barait yang kosong
Menanti anak muda
Mengalas bangga
Barait yang kosong
Adakah lagi
Atau
hilang bersama
Perginya nenek tua
Di kaki gunung
Barait yang kosong
Menjadi hiasan
Tanda hati
Semarak budaya
Barait yang kosong
Lambang jati diri
Yang mungkin
Dilupakan....
Barait
Wakid
Tikiding
Ambung
Nasibnya sama
Budaya yang dilupakan
Wednesday, May 24, 2017
LETIH
Seharian
hingga senja
Lembaran kertas
Dibelek disemak
Hanya merah
Markahnya
Lalu...
Diri terasa letih
Ajaran belum
Menjadi....
Seharian
Meneroka
Ilmu baru
eRPH
Guru ku
Menyahut
Era digital
Di sebalik
Monitor kaca
Mata letih
Makin layu
Dan
Kaca makin tebal
Semalam..
Badan rebah
Rehatkan diri
Melapangkan
Minda....
Esok
Bangunlah
Dengan
tenaga baru
Dan...
Letih yang ditinggalkan
Letih....
Biar badan terasa
Minda yang merasa
Namun....
Hanya satu
Usahlah terasa
Letih
Untuk mencari
RedhaNya
Thursday, May 18, 2017
KERUSI YANG DITINGGALKAN....
Suatu zaman kecil dulu
Kerusi yang ditinggalkan
Jadi rebutan anak kecil
Main keliling-keliling
Di sebuah sekolah itu
Kerusi yang ditinggalkan
Tanda ada yang ponteng
Atau
Mungkin jua sakit
Yang menuntut
Cakna seorang guru
Di restoran itu
Sekuntum mawar
Di atas meja
Dan...
Kerusi yang ditinggalkan
Ada hati yang merajuk
Suatu masa di dunia ini
Kerusi yang dikosongkan
Jadi rebutan
Kerana....
Ia telaga emas
Mahkota kuasa
Suatu pagi nan dingin
Di sudut masjid itu
Kerusi yang ditinggalkan
Dulunya ada pak cik tua
Solatnya di situ
Kini...
Perginya ke mana....
Kerusi yang ditinggalkan
Menanti setia
Insan yang bakal
Memberi makna
Erti sebuah kerusi
Wednesday, May 10, 2017
AIR MATA UNTUKMU GURU.....
Kelmarin
Masih teringat
Kakinya ditentak-hentak
Tangannya meronta-ronta
Enggan berpisah
Dari pelukan
Manja ayahbonda
Ketika...
Menghantarnya
Ke tadika ria
Kelmarin juga
Lembut tuturnya
Airmata disapu
Penuh kasih
Hingga hati
Terikat dengan
Cikgu darjah 1
Katanya segalanya
Semalam...
Ketika menjejak kaki
Asramanya indah
Terasa gementar
Kerdilnya jua
Namun hati
Tetap sayu
Ingatkan ayah ibu
Namun
Demi ingin berjaya
Air mata rindu
ditumpahkan juga
Hari ini....
Selangkah
Mulai melakar jaya
air mata ini juga
Menemaninya
Ketika terkenang
Ayahbonda yang tiada
Dan......
Terharu sebak
Warden garang itu
Bagai ibu ku
Yang tulus menjaga
Walau..
tidak manja
Ntah kenapa...
Air matanya
Menitis juga
Ketika...
Di tahan ponteng
Tapi mengapa...
Cikgu tidak lagi
Lap air matanya
Bukan kah ini
Air mata keinsafan
Atau.....
Hatinya tidak lembut lagi
Biar setulus niatnya
Mungkin....
Dia telah tahu...
Air mata itu..
Sekadar ....
Ingin memperdaya
Esok....
Akan ku titiskan
Air mata ini juga
Ketika di puncak jaya
Atau....
Di pusara mu guru
Tanda kasih
Tanda kesal
Engkar katamu
Namun...
Di hati ini
Engkaulah Guru
Penyuluh hidupku
11.05.2017
Selamat Hari Guru
Thursday, May 4, 2017
REFLEKSI GURU.......
Selamat Hari Guru....
Dulu beratap rumbia
Bermeja buluh
Menulis di papan batu
Berkelana di ceruk desa
Mengajar tulis baca
Itulah guru.......
Suatu masa dulu.....
Seorang tua berkereta gembala
Anak dipimpin begitu manja
Ajarilah anak ini....
Rotanlah pukullah dia
Asal jangan patah buta
Itulah agungnya tanda percaya
Pada mu guru......
Dengannya manusia mulia
Tidaklah jauh berkurun lama
Peritnya juga pernah ku rasa
Rotan hadiah guruku jua
Pulang ke rumah Ingin bermanja
Mengadu pada ayahbonda
Rotan sekali ditambah dua
Semalam masih terasa
Bila dihantar ke ceruk desa
Gelisah hati tidak terkira
Bersabarlah guru muda
Jauh tersorok walau terperuk
Lagi jauh lebih di mulia
Itulah guru......
Hari ini terasa berbeza
Tersalah sentuh kasar bicara
Di kamar bicara berhujah juga
Dinginnya tiada terasa
Sabarlah guru.....
Bukankah itu tanda
Ajaranmu telah berjaya
Semua insan cerdik belaka
Alpanya kita
Terlupa
Ajari kenangilah jasa
Itulah kisah guru
Renungi refleksi
Tabah hatimu
Halus budimu
Ucapkanlah
'Selamat Hari Guru....."
Tanda kasih
Untukmu Guru
Friday, April 28, 2017
KASIH SEORANG GURU
Suatu ketika
Berdiri di puncak jaya
Mata berkaca
Mengenang jerihnys
Ayah dan ibu...
Lalu....
Berlarian
Anak-anak kecil
Comot berlumpuran
Meminta belaian
Dilap disapu lembut
Seorang GURU
ganti ibu di rumah
Suatu masa
Menikmati hidangan
Ayam goreng rangup
Teringat anak kecil
Di rumah siapa suapkan
Menoleh ke sisi
Anak kecil berlarian
Kepenatan latihan sukan
Seketul ayam diserahkan
Hatimu senang
Doamu kemenangan
Suatu malam
Tekun mengulas
Skema formula
Panjang berjela
Kelas tambahan
Hadirnya tak seberapa
Merenungi
Tunduk muridnya
Anak ku juga
Sedang berjaga
Untuk periksa
Moga ada juga
Insan mengajarnya
Curahan ilmu
Sentuhan kasih
Tanpa mengira
Batas rupa bangsa
Miskin mahupun kaya
Walaupun anak siapa
Itulah tanda
Kasih seorang GURU
Thursday, March 9, 2017
NALURI SI KAKAK TUA....
Seekor burung kakak tua
Cantik merah bulunya
Duduknya di depan pintu
Menyapa sesiapa yang lalu
Seekor burung kakak tua itu
Disapa pelawat "Selamat pagi...."
Lalu...
"Selamat pagi...." jawab kakak tua
Bertepuk bangga pengunjung
Pandainya si kakak tua itu.
Seekor burung kakak tua itu
Dilempar kekacang ...
Tangkas pantas dicapai
Terus hinggap di atas bahu
"Terima kasih...." ucap tuannya
Buat pengunjung pertunjukan itu
"Terima kasih.....terima kasih..."
Ajukan si burung kakak tua itu
Bersorak bangga pengunjung itu
Bijaknya si kakak tua itu...
Pertunjukan tamat
Si burung kakak tua itu
Termenung termanggu
Melihat kakinya terikat
Terkurung terikat
Pada batang emas
Sangkarnya itu
Lantas....
Menitis air matanya
Melihat rakannya
Terbang lepas bebas
Biarpun .....
tanpa sorak pujian
Namun...
Itulah hajat naluri
Yang satu...
InderaPutera
09.03.2017
SMK Kinarut
Sunday, February 19, 2017
DERUAN ANGIN ILMU.....
Berpuput lembut dingin
Menyelimuti tulang kerdil
Mengisi minda kosong
Diusap dibelai mesra
Menjadikan aku
Membuka mata minda
Mengenali ABC
Rangap AA BAA TA
Itulah mulanya ilmu
Bertiup berdesir deras
Melayang-layang dedaun
Terbayang di maya
Formula rumus
Terpapar di papan hitam
Aku mulai terasa berat
Minda menyerap hadam
Dan...
Bicara mula berkias
Jiwa mulai bertanya
Untuk apa ini...
Hidupku
atau
Peperiksaan
Mengejar GPS
Deras angin lembut
Beralih arah
Tiupan kencang
Badai taufan ilmu
Pantas kencang
Megalun menghempas
Ombak-ombak ilmu
Tidak lagi terkejar
Hinggakan guru
Terhempas ombak
PA21 konsep PDPC
Ilmu lama diperbaharui
Dan....
Anak didik ku
Kini aktif berani
dalam dunia RBT
Mendongak ke langit
Sedarlah aku
Setinggi ilmuku
Tunduk patuh
Pada ilmuNya
Yang Maha Agung
InderaPutera AZRi
20.02.2017