BICARA GURU DALAM TALIAN....
Dalam era PKP
Ketika anak-anak belum sarapan
Tekun menatap skrin kaca
Muat naik kuiz, video
Pada kelas alam maya
Menunggu anak muridnya
Menaip bait bait kata
Menunggu terus menunggu
Pada skrin kaca.....
Guru dalam talian
Mencari-cari anak muridnya
Dalam Google Classroom
Tiada.....
Kelas Telegram WhatsApp
Hanya krik... krik... krik...
Mungkin bersama CikgooTube
atau.....
Bilik Google Meet
Mahu pun Microsoft Teams
Lalu....
Lapor guru disiplin
Murid mu ponteng lagi
Di arena PUBG dan ML
( Berfikir... Mahu masuk ssdm ke ni..)
Seorang guru dalam talian
Muat naik ilmu itu mudah
Muat naik adap bagaimana pula
Ketika menunggu....
Muat naik sempurna
Terkenang pada anak didiknya
Di hujung desa...
Pondok beratap rumbia
Taliannya entah di mana
Mungkin masih..
Bermain telefon tin susu
Guru dalam talian
Menunggu penuh rindu
Ucapan "Selamat pagi cikgu..."
Biarpun.....
Dari murid comot hingus di pipi
Dengan lembut guru itu
Lap hingus usap dahi
Menanam adab
Bersama...
Menyemai ilmu
InderaPutera AZRi
24.04.2020 Kota Kinabalu
Hikmah PKP...
ReplyDelete