Pertemuan seketika
Hanya lima minit cuma
Tersentak hampa sayu
Melihat senarai itu
Mengapa tiada aku....
Terdengar bisikan hati
Mungkinkah lima tahun
Masih belum cemerlang
Kerana tiada piala dijulang
Atau.....
Aku yang selalu menentang
Hingga tiada dipandang
Atau...
Ada yang sumbang
Mungkin juga...
Hati dijangkiti cemburu
Bila rasa terpinggir......
Lalu....
Terdengar pesanan suara
Ikhlaskan hati mu....
Teguh pada prinsip
Cekal tabah selalu
Misi membentuk jiwa
Tiada hasil sekelip mata
Ingatlah.....
Hikmah-Nya ada di situ
Asal tulus niatmu
Hanya pada yang SATU
Bukannya berkiblat seribu
2012© InderaPutera
20.10.2012
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment