Suatu ketika dulu..
Hadirnya penuh erti
bak penyuluh menerangi
Zaman gelap bangsa
diselubungi awan
dan bayangan penjajah
Seketika itu .....
Hadirmu seorang guru
bukan sekadar ajar tulis baca
Mencorak langkah jiwa waja
Warga merdeka bangsa terbela
Suatu hari dulu
Kata ucap seorang guru
bagai fatwa dipatuhi selalu
Luhur baktimu harum budimu
Menjalar mekar minda berbunga
Indah ilmu bangsa berbudi
Seketia kini mahu semalam
Salah mu mungkin silap mu
Di media pasti muka no 1
Mungkin teguran demi kebenaran
atau pelaris jualan minggu itu
yang pasti terguris hati guru
Semalam yang ditinggalkan
Cabaran mahu pun dugaan
telah alah kerana tabah jiwa mu
menjana minda menabur jasa
KLSM pergi berlabuh KSBM
bila dilambung badai PPSMI
teruji wibawa diharungi jua
sehingga demi nusa bangsa
MBMBI dijulang dalam perjuangan
KSSR asas segala pemulanya
Sesekali tersenyum bila bicara
Insentif baru laungan skim terkini
jerih payah kini rasa dihargai
kelak usah pula apla leka
taburi jasa bakti tanpa berkira
Suatu perkara yang pasti
Hari guru pasti tersenyum
Lapang tenang terasa dijiwa
Bila khabar diterima...
Anak didik megah dipersada
namun masih tidak lupa
sepatah kata bicara mulia
"Terima kasih cikgu......"
Inderaputera
16 Mei 2011 : Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment