Thursday, October 4, 2012

SELAGI ADA SAMPAN DI SUNGAI SARAWAK.....

 

Dalam kepanasan terik mentari
disulami hembusan angin kering
berpeluh si Pak Cik mendayung
Sampan kecil merentasi arus
Sungai Sarawak airnya deras


Dari pagi hingga ke senja
sampan di dayung
jeti ke jeti .....
dari muara ke kuala
pengunjung terus melambai
menikmati deru air
menyeberangi arus
di seberang Sungai Sarawak
mencari sepotong
kek lapis Sarawak
manis dan terkenal .......


Perlahan sampan di dayung
sesekali bila arus sungai
deras mengalir
sampan bergolek....
pengunjung riuh
terasa gembira ceria ...
atau panik seketika
dek pengalaman pertama...


Selagi ada sampan didayung
di pinggiran Sungai Sarawak
selagi kemudinya warga tua
yang kian dimanah usia..
dimanakah pemuda
kuat nan perkasa .....
mungkin kerana hasil
tambang lima puluh sen
yang tak seberapa....
ia tidak menarik...
impian kerjaya si anak muda


Selagi ada sampai didayung
oleh warga tua dimanah usia
di pinggiran Sungai Sarawak
dan...
itulah tandanya
kemajuan dan pembangunan
hanya untuk insan berada
dan ......
bilakah akan berubah
Kemudi sampan kecil
impian kerjaya anak muda
citarasa ekonomi
berprestasi tinggi
selaras hasrat
menjana ekonomi baru
rakyat yang diutamakan....


2010 © Indera Putera
08 Ogos 2010 : Kuching

No comments:

Post a Comment